The Smashing Pumpkins

Tuesday, October 5, 2010

Cara Menukar URL Blog

Tutorial: Cara Menukar URL Blog February 13th, 2010 Amir Said Seperti yang kita sedia maklum, penggunaan domain yang simple dan mudah diingati boleh memberikan impak yang besar kepada pengunjung-pengunjung blog kita. Untuk maklumat lanjut, sila baca artikel mengenai pemilihan domain yang sesuai di sini. Justeru, aku berbesar hati untuk menunjukkan cara-cara menukar URL blog khas untuk pembaca blog Amir Space yang menggunakan platform Blogger (Blogspot).
Step 1: Log in untuk masuk ke bahagian Dashboard

Step 2: Sila klik ‘Setting’

Step 3: Klik ‘Publishing’

Step 4: Edit URL baru korang. Boleh tengok contoh screenshot di bawah:
Step 5: Klik SAVE SETTINGS Penukaran URL blog hanya akan berjaya sekiranya URL baru yang korang pilih tu masih available. Kalau tak available, cuba masukkan domain yang lain. Seperti yang kita sedia maklum, bila dah lama berblogging, blog korang sudah diindex oleh enjin carian seperti Google atau Yahoo!. Tapi bila korang tukar URL baru, secara automatiknya blog korang bermula dari zero dan akan diindeks semula dengan URL baru. Ini bermakna korang akan kehilangan PageRank dan terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan balik PageRank dengan URL baru. Tapi kalau PageRank korang 1 atau 2 je, rasanya tak jadi masalah pun nak tukar URL. Yang PageRank 3 atau 4 tu fikirlah dua tiga kali sebelum tukar. Untuk cek PageRank blog korang, sila klik di sini. Boleh kongsikan PageRank blog korang di bahagian komen. :-)

No comments:

Post a Comment